Azmin (kiri) berbincang dengan Sahruddin dan BPN negeri dalam selepas mendengar taklimat persiapan PRK DUN Mahkota di Bilik Gerakan utama PN di Kampung Melayu di Kluang, hari ini

KLUANG – Calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota akan diumumkan seminggu lebih awal sebelum hari penamaan calon.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, langkah itu bagi memboleh calon PN turun padang lebih awal bagi menyantuni seberapa ramai pengundi di DUN Mahkota.

“Kiita akan mengumumkan calon lebih awal pada minggu pertama minggu bulan depan iaitu seminggu sebelum hari penamaan calon berbeza sebelum ini dua hari sebelum hari penamaan calon.

“Terdapat pertambahan besar pengundi iaitu kini berjumlah 66,318 pengundi di DUN Mahkota. , Kita perlu masa bertemu pengundi dalam tempoh singkat.

“Setakat ini ada tiga nama yang sudah dihantar kepada Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin minggu lepas,” ujarnya yang juga Ketua Bersatu Selangor.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mendengar taklimat persiapan PRK DUN Mahkota di Bilik Gerakan utama PN di Kampung Melayu di sini hari ini.

Pengerusi PN Johor pada 14 Ogos lalu berkata, pihaknya menyerahkan senarai tiga nama calon untuk PRK DUN Mahkota kepada pucuk pimpinan parti minggu lalu.

Sahruddin berkata, kesemua calon yang merupakan anak tempatan itu akan diteliti dan dinilai sebelum dimuktamadkan pimpinan di peringkat pusat.

Mengulas lanjut, Azmin berkata, calon PN itu apabila menang PRK berkenaan nanti akan membawa suara penduduk Mahkota dalam persidangan DUN Johor.

Beliau berkata, Bersatu tidak gerun walaupun ketika ini hanya ada tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bersatu dalam DUN Johor.

“Kita mahu bawakan isu-isu seperti masalah ekonomi dan kos sara hidup yang tinggi. Kita mahu suara lebih kuat dan bawa mandat di DUN Johor. Apa yang penting dapat bawa mandat rakyat Mahkota ,” ujar beliau.- MalaysiaGazette

habis