KUALA LUMPUR- Sambutan Ambang Merdeka 2024 yang dijadualkan berlangsung di Dataran Merdeka 30 Ogos ini, dibatalkan.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam hantaran di laman Facebooknya memaklumkan, tindakan itu adalah bagi menghormati mangsa beberapa insiden yang berlaku di sekitar ibu kota, baru-baru ini.
“Marilah kita bersama – sama menghayati erti kemerdekaan dengan penuh semangat patriotisme,” katanya.
Jumaat lalu, seorang wanita warga India Vijayaletchumy, 48, hilang selepas terjatuh ke lubang sedalam lapan meter di Jalan Masjid India.
Operasi yang memasuki hari keenam hari ini masih belum menemukan mangsa.-MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN
https://malaysiagazette.com/2024/08/28/bomba-masuk-salur-kumbahan-dari-wisma-yakin-malam-ini/