Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.

KOTA BHARU- Tiada keperluan untuk mengisytiharkan kawasan Masjid India yang terlibat dengan tanah jerlus sebagai zon tidak selamat dan bencana, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.

Beliau berkata untuk mengisytiharkan sesuatu kawasan itu selamat atau tidak, polis perlu mendapatkan kebenaran khas daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Setakat ini, tiada keperluan untuk mengazetkan kawasan Masjid India sebagai zon tidak selamat kerana apa yang terjadi di kawasan itu (Masjid India) tidak dikategori sebagai bencana.

“Walaupun bukan bencana tetapi tindakan polis, jabatan bomba, DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Angkatan Pertahanan Awam melakukan tugas dengan bersungguh-sungguh seolah-olah seperti bencana kerana adanya pusat kawalan operasi,” katanya dalam sidang media pada majlis serah terima tugas Ketua Polis Kelantan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkembangan terkini operasi mengesan seorang wanita warga India yang masih hilang dalam kejadian tanah jerlus di Masjid India, Kuala Lumpur. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast