Mee Hiris China Muslim dipromosikan menggunakan bas Hop On Hop bagi tujuan pemasaran untuk menarik perhatian pelancong dan penggemar mi itu.

KUALA LUMPUR – Mee Hiris China Muslim yang memulakan perniagaan sejak enam tahun lalu, terus mengorak langkah apabila membuka cawangan ke-31 di pusat beli belah Sunway Putra Mall, baru-baru ini.

Dirasmikan oleh Tengku Datuk Dr. Hishammuddin Zaizi pelancaran cawangan Mee Hiris China Muslim sangat Istimewa apabila dibuat sempena sambutan ulangtahun Kemerdekaan ke-67, sekaligus menyuburkan semangat patriotisme dengan meraikan kepelbagaian, kekayaan budaya Malaysia dalam kalangan lapisan masyarakat.

Menerusi kenyataan Hishammuddin berkata, pertumbuhan pesat rangkaian perniagaan Mee Hiris China Muslim amat dikagumi.

“Saya rasa bangga, dengan begitu pantas perniagaan Mee Hiris China Muslim berkembang dengan penubuhan cawangan ke-31 dalam masa beberapa tahun sahaja.

“Seronok, apabila melihat orang ramai dapat menikmati masakan Cina Muslim tanpa rasa was-was kerana ke semua hidangan di sediakan di dapur sentral dengan ‘standard’ halal yang ketat,” katanya

Mee Hiris merupakan hidangan mee tradisional China Muslim yang terkenal di Utara China kerana adunan mee dipotong secara dihiris.

Sempena bulan kemerdekaan ini, Mee Hiris China Muslim memperkenalkan promosi ‘Mee Merdeka Madness’ yang membawa tawaran istimewa yang membolehkan pelanggan menikmati mangkuk kedua hidangan Mee Hiris dengan harga hanya RM6.70 sempena kemerdekaan Malaysia yang akan disambut esok.

Sementara iru, Pengurus Operasi Mee Hiris China Muslim, Elmy berkata, promosi itu bukan sahaja meraikan perjalanan sejarah negara tetapi, juga menjadikan masakan mereka mudah diakses  oleh semua lapisan masyarakat Malaysia.

Katanya, Mee Hiris China Muslim juga antara tarikan pelancong untuk menikmati variasi kelazatan hidangan masakan Cina halal.

“Di atas inisiatif ini, promosi dan kerjasama turut dijalinkan bersama perkhidmatan bas Hop On Hop Off di mana pelancong, dapat menikmati panorama Kuala Lumpur sambil menikmati hidangan di Mee Hiris China Muslim.

“Sejajar dengan kemajuan perniagaan Mee Hiris China Muslim ini, ia dapat mewujudkan peluang pekerjaan serta menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

“Lakaran kejayaan, menjayakan promosi ini  membuktikan keupayaan jenama Mee Hiris China Muslim untuk terus kekal relevan dan sentiasa unggul dalam pasaran yang kompetitif,” ujarnya. – MalaysiaGazette