Home Utama Dr Mahathir sertai orang ramai sambut Hari Kebangsaan

Dr Mahathir sertai orang ramai sambut Hari Kebangsaan

PUTRAJAYA – Susuk tubuh Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat bersama-sama lebih 100,000 orang meraikan sambutan Hari Kebangsaan ke-67, hari ini.

Bekas Perdana Menteri itu hadir di Dataran Putrajaya dengan menarik kereta Proton X70 diiringi beberapa pegawai pengiring.

Kenderaan yang membawa Dr Mahathir berhenti di kawasan  berhampiran Menara Prisma, Kementerian Ekonomi sebelum turun menyantuni orang awam yang hadir di sekitar Dataran Putrajaya.

Kehadiran Dr Mahathir diberikan sorakan dan tepukan gemuruh oleh orang ramai sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan bekas perdana menteri ini.

Sambil memegang Jalur Gemilang, Dr Mahathir berjalan ke arah orang ramai yang memanggil namanya.

Kehadirannya yang disedari oleh para peserta persembahan Hari Kebangsaan turut tidak melepaskan peluang untuk bersalam dan bergambar dengan Dr Mahathir.

Beliau berada di situ kira-kira 20 minit dan kemudiannya beredar tanpa memberi sebarang kenyataan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast