Hujan Tak luntur Semangat 50,000 Rakyat Melaka Sambut Hari Kebangsaan #MGFlash

Kira-kira 50,000 masyarakat pelbagai kaum membanjiri Persiaran Jalan Merdeka, Banda Hilir, Melaka sejak 6.00 pagi tadi untuk melihat perarakan dan pertunjukan Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2024 Peringkat Negeri Melaka.

Hujan lebat bermula pukul 6.30 pagi sebelum renyai-renyai dan mulai reda sekitar 11.00 pagi menyemarakkan lagi semangat pengunjung untuk menyaksikan persembahan 10,000 peserta terdiri daripada 161 buah kontinjen daripada pelbagai jabatan dan agensi kerajaan.