Kontinjen Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia melakukan perarakan pada Sambutan Hari Kebangsaan 2024 yang bertemakan ‘Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka’ di Dataran Putra, Putrajaya. Foto SADIQ SANI, 31 OGOS 2024

PUTRAJAYA – Seorang menteri Kabinet menampilkan kelainan apabila dilihat menyertai perarakan sambutan Hari Kebangsaan kali ke-67 di Dataran Putrajaya.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming sempat menyarungkan seragam penuh pegawai bomba dilihat berada di atas jentera bomba bersama anggota-anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berbadan sado.

Ketika di atas jentera bomba, Kor Ming sempat melambai dan tabik hormat kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah serta Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan jemaah menteri.

Penampilan Kor Ming itu di luar kebiasaan protokol sambutan yang mana selalunya para menteri berada di bawah khemah kenamaan.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berada di bawah kementerian kelolaan Kor Ming. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast