Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) terus komited mengesan mangsa insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India, yang operasi pencariannya memasuki hari kesembilan sejak kejadian itu berlaku pada 23 Ogos.
Seramai lebih 115 anggota dan pegawai yang terlibat dalam operasi tersebut membabitkan Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Angkatan Pertahanan Awam, Indah Water Konsortium, Agensi Nuklear Malaysia serta Jabatan Mineral dan Geosains.