Program pelepasan anak benih ketam, ikan siakap serta penanaman semula pokok bakau di Merchang Wetland, baru-baru ini.

MARANG – Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dengan kerjasama Persatuan Kerangan-Kerangan Malaysia (Malaysian Shellfish Society, MSS) dan Pejabat Perikanan Negeri Terengganu telah melepaskan anak benih ketam, ikan siakap serta penanaman semula pokok bakau di Merchang Wetland, baru-baru ini.

Institut Akuakultur Tropika dan Perikanan (AKUATROP) UMT berkata, usaha kolaborasi itu merupakan salah satu langkah proaktif untuk memastikan kelestarian sumber perikanan di Malaysia, selain memberikan manfaat ekonomi jangka panjang kepada komuniti nelayan di sekitar Merchang.

“Program pada hari ini merupakan salah satu usaha pihak persatuan dalam menjaga kelestarian alam khusus spesis krustasia dan kerang-kerangan.

Program berbentuk tanggungjawab sosial itu sebagai usaha menyokong kira-kira 50 komuniti myKP Merchang sebagai penggerak utama dalam mengembangkan potensi sosio ekonomi di kawasan terbabit.

Sebanyak 2,000 anak benih ketam bakau, 2,000 anak benih ikan siakap dan 50 pokok bakau telah dilepaskan dan ditanam di kawasan berkenaan.

Tujuan utama program ini adalah untuk membantu 50 orang nelayan tempatan dalam mempromosikan kelestarian sumber perikanan serta memperbaiki taraf ekonomi mereka.

Merchang Wetland, yang terletak di sepanjang Laguna Merchang, dikenal pasti mempunyai potensi besar sebagai destinasi agropelancongan, disokong oleh kekayaan ekologi dan sumber perikanan yang pelbagai.

Program dilaksanakan itu bukan sahaja memanfaatkan nelayan tempatan tetapi juga menyumbang kepada usaha pemuliharaan alam sekitar di kawasan tersebut. – MalaysiaGazette