Aisyah Hijanah dan Alif Teega.

KUALA LUMPUR – Personaliti media sosial, Aisyah Hijanah memfailkan cerai terhadap suaminya yang juga seorang pempengaruh, Alif Teega.

Bagaimanapun Aisyah atau Aisyah Hijanah Azhari, 26, memohon orang ramai mendoakan urusan rumah tangganya dipermudahkan kerana ujian dialaminya ketika ini sangat berat.

“Dari bulan lepas sebenarnya (Ogos fail cerai), doakan saya sebab ujian saya sangat berat,” katanya lapor mStar hari ini.

Aisyah memfailkan tuntutan cerai itu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur, Ampang, Kuala Lumpur.

Ditanya tentang keputusan mahu bercerai, Aisyah enggan berkongsi lanjut kerana perkara itu terlalu peribadi.

Malah ibu kepada tiga orang cahaya mata itu berkata, tiada siapa mempengaruhi keputusannya sebaliknya segala yang berlaku adalah pilihannya sendiri.

“Saya tak nak kongsi lebih lanjut sebab ia sangat peribadi dan libatkan ramai orang. Tidak mengapa sebab saya sendiri memang pilih jalan untuk berpisah, bukan disebabkan sesiapa,” jelasnya.

Untuk rekod, Aisyah dan Alif atau Mohd Hazalif Mohd Hazani, 30, mendirikan rumah tangga pada 25 November 2017.

Pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Khadeejah Hijanah, Muhammad Hassan Syarif, dan Safiyyah Hijanah.

Kemudian pada 18 November tahun lalu, Aliff berkahwin buat kali kedua dengan Fatin Umaidah di Thailand ketika Aisyah sedang sarat mengandung.

Pada 16 Julai lalu, pasangan itu bersama dua suspek yang ditahan reman selepas tempoh tahanan berakhir kerana disyaki terbabit dalam penyelewengan dana derma awam.

Menurut sumber, empat suspek itu diperintahkan untuk membayar wang jaminan RM100,000 setiap seorang yang mana RM20,000 perlu dibayar secara tunai manakala bakinya tanpa cagaran, masing-masing dengan seorang penjamin. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast