Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada gimik pecah tanah Projek Menaik Taraf Jalan Utama di Kampung Sungai Pergam dan Jambatan Sempit di Simpang Masjid Al-Quro', Bagan Datuk, pada Ahad. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 01 SEPTEMBER 2024

BAGAN DATUK – Kerajaan meminta agar tiada lagi mana-mana pihak yang sewenang-wenangnya melakukan pengambilan tanah yang dimiliki penduduk kampung bagi sebarang bentuk tujuan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebaliknya pengambilan tanah boleh dilakukan terhadap tanah berstatus pajakan seperti ladang-ladang yang ada antaranya diberikan pajakan 99 tahun sejak zaman penjajahan Inggeris.

pengambilan tanah kerajaan ahmad zahid kampung tanah berstatus pajakan penduduk orang kampung
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika sesi sidang media Majlis Pecah Tanah Projek Menaik Taraf Jalan Utama di Kampung Sungai Pergam dan Jambatan Sempit di Simpang Masjid Al-Quro’, Bagan Datuk, pada Ahad. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 01 SEPTEMBER 2024.

“Seperti di Bagan Datuk, tanah kebanyakannya dimiliki pengurusan dan pemegang saham syarikat ladang, sementara tanah yang dimiliki orang kampung tinggal sedikit sahaja.

“Oleh sebab itu, saya arahkan jangan buat pengambilan tanah atau minta orang kampung untuk tanah mereka diambil.

“Sementara syarikat perladangan yang sudah mengaut untung dalam tempoh lama juga, mereka harus kembalikan keuntungan itu melalui program tanggungjawab sosial korporat (CSR) kepada penduduk setempat,” katanya.

pengambilan tanah kerajaan ahmad zahid kampung tanah berstatus pajakan penduduk orang kampung
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berucap pada Majlis Pecah Tanah Projek Menaik Taraf Jalan Utama di Kampung Sungai Pergam dan Jambatan Sempit di Simpang Masjid Al-Quro’, Bagan Datuk, pada Ahad. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 01 SEPTEMBER 2024.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah Projek Menaik Taraf Jalan Utama di Kampung Sungai Pergam dan Jambatan Sempit di Simpang Masjid Al-Quro’, dekat sini, pada Ahad.

Hadir sama Exco Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Negeri Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, saranan itu dilakukan susulan cadangan beliau sebelum ini agar 20 peratus daripada tanah berstatus pajakan seperti pertanian yang telah tamat untuk diserahkan kembali kepada kerajaan negeri.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menjelaskan, ia bukan sebagai tindakan menekan mana-mana pihak sebaliknya usaha itu dilakukan demi pembangunan rakyat setempat.

pengambilan tanah kerajaan ahmad zahid kampung tanah berstatus pajakan penduduk orang kampung
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendengar taklimat pada Majlis Pecah Tanah Projek Menaik Taraf Jalan Utama di Kampung Sungai Pergam dan Jambatan Sempit di Simpang Masjid Al-Quro’, Bagan Datuk, pada Ahad. Turut hadir Exco Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 01 SEPTEMBER 2024.

“Orang kampung harus diberikan faedah. Orang kampung jangan hanya dipaksa untuk melihat keuntungan itu dibawa ke luar.

“Tetapi mesti (tanah tamat pajakan) dikembalikan kepada kerajaan negeri untuk diberikan pada orang kampung dan rakyat marhaen. Jadi inilah yang pada pandangan saya adil,” katanya lagi.

Ketika pada sidang media, Ahmad Zahid memberitahu, cadangan itu bagaimanapun akan diteliti Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB) di samping perbincangan dengan setiap kerajaan negeri dan Wilayah Persekutuan akan diadakan.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika sesi sidang media Majlis Pecah Tanah Projek Menaik Taraf Jalan Utama di Kampung Sungai Pergam dan Jambatan Sempit di Simpang Masjid Al-Quro’, Bagan Datuk, pada Ahad. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 01 SEPTEMBER 2024.

“Perbincangan dengan kerajaan-kerajaan negeri kita akan teruskan supaya mereka tidak salah tafsir, manakala pihak syarikat juga tidak mempunyai pandangan negatif atau menolak cadangan itu

“Walau bagaimanapun kita berjanji untuk lakukan penelitian sebelum pelaksanaan sepenuhnya dapat dilakukan,” katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk merasmikan Majlis Pecah Tanah Membina dan Menaik Taraf Jalan Utama sejauh 6.5 kilometer (km) di Kampung Sungai Pergam.

Projek itu melibatkan kerja-kerja menaik taraf jalan sepanjang 4 km serta membina jalan baharu sepanjang 2.5 km dan ia menghubungkan jalan utama kampung itu dengan ke Jalan Persekutuan.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melakukan tinjauan ketika hadir pada Majlis Pecah Tanah Projek Menaik Taraf Jalan Utama di Kampung Sungai Pergam dan Jambatan Sempit di Simpang Masjid Al-Quro’, Bagan Datuk, pada Ahad. Turut hadir Exco Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 01 SEPTEMBER 2024.

Ia dilaksanakan dengan peruntukan sebanyak RM88 juta di bawah Rolling Plan Ke-3, Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) dan dijangka siap pada Ogos 2028.

Sementara itu, Ahmad Zahid juga merasmikan Projek Menaik Taraf Jambatan Sempit Di Simpang Masjid Al-Quro’.

Projek itu melibatkan kerja-kerja menaik taraf jalan sehala sedia ada kepada dua hala termasuk jambatan lama sejauh kira-kira 30 meter dengan pembentung.

Kerja-kerja pembinaan projek yang menelan belanja RM2.9 juta itu mula dilaksanakan pada 8 Ogos lalu dan dijangka siap pada 5 Ogos 2026. – MalaysiaGazette