Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengalu-alukan sebarang siasatan oleh pihak berkuasa.

Beliau mengulas tentang laporan polis yang dibuat Armada Bersatu yang mendakwa Timbalan Perdana Menteri itu menipu Yang di-Pertuan Agong Ke-16 berhubung akaun bersumpah (SD) Ahli Parlimen BN.

“Saya harap pihak berwajib dapat siasat tidak kisah polis atau Jabatan Peguam Negara (AGC) mahupun Pendaftar Pertubuhan (Ros).

“Semua calon BN perlu tandatangan tiga dokumen yang mengakui mana-mana kerusi yang dimenangi adalah milik parti dan bukan individu selain menyerahkan kuasa membentuk kerajaan kepada Pengerusi Gabungan.

“Kita ada bukti semua dokumen yang ditandatangani selain daripada bukti adanya rakaman video ketika perkara ini dibuat sebelum bermulanya PRU,” katanya selepas merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan myPPP di WTC hari ini.

Tambah beliau, dakwaan terdapat 10 SD yang ditandatangni 10 Ahli Parlimen BN yang menyokong Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, adalah tidak sah.

Jumaat lepas, dakwa Pengarah Pilihanraya Pemuda PN, Zahin Zainal, laporan polis itu susulan dakwaan Presiden UMNO itu bahawa terdapat SD bertindih.

Katanya, dakwaan itu jelas mengelirukan dan bercanggah dengan kenyataan Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon dan Presiden MIC, Tan Sri S.A Vigneswaran sebelum ini yang mendakwa tindakan Ahmad Zahid ketika hendak menubuhkan Kerajaan Perpaduan tidak bersandarkan kepada ketetapan Dewan tertinggi BN.

Baru-baru ini, ketika disiasat bawah Akta Hasutan, Muhyiddin telah menyerahkan kepada polis 115 yang menyokongnya untuk menjadi Perdana Menteri selepas pilihan raya umum ke-15 pada November 2022, insiden ini juga menyebabkan Parlimen tergantung. -MalaysiaGazette