Beratus-ratus orang berkumpul untuk meneruskan bantahan terhadap Netanyahu.

TEL AVIV – Beratus-ratus penunjuk perasaan menyekat Jalan Ibn Gvirol menuntut kerajaan pimpinan Benjamin Netanyahu mencapai kesepakatan untuk membebaskan tebusan yang ditahan oleh Hamas di Semenanjung Gaza.

The Times of Israel melaporkan, penunjuk perasaan juga berkumpul di Shilat Junction berhampiran Modi’in dan menyekat jalan di bandar utara Rosh Pina.

Seorang penunjuk perasaan memakai topeng berwajah Netanyahu.

Demonstrasi itu memulakan mogok hari ini, selepas Persekutuan Buruh Histadrut mengumumkan untuk menyokong bantahan terhadap kerajaan Israel semalam.

Demonstrasi itu bagi menekan kerajaan supaya melakukan lebih banyak usaha untuk mencapai perjanjian dengan Hamas selepas mayat enam tebusan yang ditemukan maut dalam terowong di Rafah.

Rakyat yang marah dengan cara Netanyahu mengendalikan rundingan tebusan membakar tayar di lebuh raya.

Pada malam Ahad hampir setengah juta rakyat Israel mengadakan tunjuk perasaan di seluruh negara sebagai bantahan terhadap Netanyahu selepas enam tebusan negara itu ditemukan mati di Gaza.

Perhimpunan tersebut adalah bantahan terbesar di Israel sejak 7 Oktober dan menyaksikan penduduk yang marah bertempur dengan polis.

Penganjur menganggarkan bahawa 300,000 orang berkumpul di Tel Aviv dan 200,000 lagi mengambil bahagian dalam protes di seluruh negara. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast