Kejohanan Klang Valley Unity Merdeka Challenge (KV UMC) berjaya cungkil bakat baharu pemain bola sepak.

KUALA LUMPUR – Kejohanan Klang Valley Unity Merdeka Challenge (KV UMC) selama dua hari sempena sambutan Hari Kemerdekaan berjaya mencapai matlamatnya.

Selain mencungkil bakat baharu, ia memberi pendedahan kepada pemain bola sepak muda dalam pertandingan sebenar.

Beberapa kategori umur dari bawah lapan tahun sehingga bawah 16 tahun diadakan.

Akademi Kuala Lumpur Rovers berjaya menjadi juara bawah kategori umur 16 tahun.

KL Rovers U16

Untuk kategori bawah 14 tahun, DACS Gombak berjaya menjadi juara manakala Kelab Bolasepak Setiawangsa Rangers berjaya menjadi juara untuk kategori bawah 12 tahun.

DACS Gombak

Untuk kategori bawah 10 tahun, Kelab Bolasepak Infiniti dinobatkan sebagai juara dan akhir sekali untuk kategori bawah lapan tahun FCKL berjaya merekodkan memori indah membawa balik piala kejohanan.

Infiniti FC U10

KV UMC diadakan untuk menjadi venue kanak kanak itu bermain bola sambil menyambut Hari Kemerdekaan Negara.

Kejohanan kali ini berjaya menghimpunkan lebih 600 pemain dan 1, 000 pengunjung.

Antara penyumbang tajaan terlibat adalah TRIDENT, Haro, Restoran Salero Kito dan Stesen TV Awesome. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast