Lee Chin Chen (kiri) dilantik Pengerusi DAP Pahang baru ganti Leong Ngah Ngah

KUANTAN – Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang, Lee Chin Chen dilantik sebagai Pengerusi DAP Pahang yang baharu menggantikan Leong Ngah Ngah pada Persidangan Konvensyen Biasa DAP Negeri Pahang semalam.

Perkara itu yang dikongsi beliau dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan telah diberi kepercayaan daripada barisan Jawatankuasa Negeri yang baharu.

“Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Jawatankuasa Negeri dan semua rakan seperjuangan yang hadir di persidangan ini atas kepercayaan mereka terhadap saya.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Saudara Leong Ngah Ngah atas sumbangan beliau selama beberapa dekad kepada DAP Pahang,” katanya.

Jelas ADUN Bilut itu, DAP Pahang akan terus komited terhadap pembangunan negeri tersebut, menarik lebih ramai golongan muda untuk menyertai perjuangan parti dan memberi nafas baharu kepada reputasi serta pengaruh DAP.

Katanya, DAP Pahang memikul tanggungjawab besar, namun pengalaman dua tahun kebelakangan ini membuktikan model Kerajaan Perpaduan membawa hasil yang positif, lebih-lebih lagi sebagai negeri yang berada di barisan hadapan penentangan gelombang hijau. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast