KUANTAN – Satu hantaran di media sosial mengenai kejadian pencemaran yang dikatakan berlaku di Kampung Serun dan Chekeroh di Pekan menimbulkan kegusaran penduduk.
Dalam hantaran itu, turut dikongsikan gambar beberapa anggota dari Jabatan Alam Sekitar (JAS) serta Bomba dan Penyelamat (HAZMAT ) dipercayai di jalan Leban Chondong – Pekan sedang melakukan siasatan di lokasi tersebut.
“Kes baru berlaku. Ada orang yang tidak bertanggungjawab telah membuang gas/bahan kimia beracun mungkin membahayakan kepada kita semua. Jadi berhati-hatilah,” kata hantaran tersebut.
Setakat berita ini ditulis, MalaysiaGazette masih belum memperoleh maklum balas daripada JAS bagi mengesahkan kejadian tersebut.
Sementara itu, memetik laporan sebuah portal media tempatan, Tok Batin Kampung Serun, Rosalin Hak telah membuat laporan polis di Balai Polis Nenasi susulan aduan penduduk yang tali air di kampung mereka tiba-tiba berubah menjadi hitam dan mengeluarkan bau busuk.
“Apabila saya sendiri pergi ke tali air tersebut, saya dapati apa yang dilaporkan adalah betul, jadi saya mengambil keputusan untuk membuat laporan polis,” kata Rosalin. – MalaysiaGazette