Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Sebuah pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, Korea Selatan dilaporkan telah berpatah balik, awal pagi tadi.

Menurut laman Flightradar24, penerbangan yang menggunakan pesawat Airbus A330-323 itu berlepas dari KLIA pada pukul 12.01 awal pagi tadi sebelum berpatah balik dan selamat mendarat di KLIA beberapa jam kemudian.

Menurut maklumat di laman penjejak penerbangan global itu, pesawat MH66 sepatutnya berlepas pada 11.30 malam tadi.

Bagaimanapun, Malaysia Airlines setakat ini masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara itu.

Ini merupakan insiden kelima melibatkan penerbangan MAS terpaksa berpatah balik atau dilencongkan dalam tempoh kira-kira sebulan.

Pada 22 Ogos, penerbangan MH152 yang berlepas dari Kuala Lumpur pada 2.23 petang menuju  ke Madinah, Arab Saudi terpaksa berpatah kerana isu “pressurisation forced” dan mendarat semula di KLIA pada 5.22 petang.

Sehari sebelum itu pula, penerbangan MH386 yang turut menggunakan pesawat Airbus A330-300 berlepas dari Kuala Lumpur ke Shanghai pada 9.14 malam dan dilaporkan terpaksa berpatah balik ke KLIA selepas terbang selama kira-kira 70 minit, kerana masalah tekanan kabin.

Pada 20 Ogos pula, penerbangan MH128 dari Melbourne ke Kuala Lumpur terpaksa membuat hentian kecemasan di Lapangan Terbang Alice Springs, Australia kerana masalah enjin pada 4.35 pagi waktu tempatan.

Pada 4 Ogos, penerbangan MH156 yang membawa 259 jemaah umrah menuju ke Jeddah berpatah balik ke KLIA disebabkan masalah teknikal sejurus berlepas. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Masalah MAG suka ambil tenaga kerja yang tak mahir dan tak ada latar belakang kemahiran teknikal yang memuaskan. Pemohon yang ada latarbelakang tekiikal yang kuat dan boleh melakukan kerja mahir kerana latarbelakang ilmu kejuruteraan pesawat mereka tak nak segera ambil.ada yang berkali kali mohon dan datang temuduga biasanya akan dapat jawapan mengecewakan Ramai yang berkemahiran tinggi( technician) tak nak ambil. Yang tak ada pengalaman kerja dan bukan belajat bidang aviation engineering terus diberi kerja. Itulah pasalnya.

Comments are closed.