PETALING JAYA – Dua anggota polis diambil keterangan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan mengambil sogokan daripada seorang warga asing.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata, siasatan dalaman masih dijalankan ke atas kedua-dua anggota itu.
“Pada masa yang sama, polis juga sedang giat mengesan dua lelaki warga asing yang didakwa kononnya telah ditahan oleh kedua-dua anggota terbabit,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.
Sebelum ini polis mengesahkan siasatan sedang dijalankan mengenai insiden yang tular di media sosial itu.
Menurut Shahrulnizam, pihaknya tidak akan melindungi mana-mana anggota yang terlibat dalam salah laku serta perbuatan jenayah. – MalaysiaGazette