Foto IG Fazura.

KUALA LUMPUR – Pelakon Fazura kembali mencuri perhatian netizen apabila memuat naik petikan kata-kata berkaitan kesabaran di media sosial miliknya.

Menerusi hantaran di Instagram, Fazura atau nama penuhnya Nur Fazura Sharifuddin, 40, berkongsi petikan bahawa kesabaran adalah jawapan untuk segala perkara.

“Sabar adalah jawapan. Jadi, sentiasalah bersabar,” kongsinya.

Isteri kepada pelakon Fattah Amin juga memuat naik hantaran lain tentang hanya diri sendiri sahaja yang mampu menempuh setiap dugaan mendatang.

“Kebenaran yang kurang selesa. Pada akhirnya, anda akan sedar bahawa tiada orang lain yang boleh menyelamatkan, memahami sedalam-dalamnya dan ada di sisi setiap masa.

“Tiada orang lain dapat mengatasi pemikiran berat melainkan anda sendiri. Semuanya hanya anda sendiri,” kongsinya.

Dalam perkongsian sama, dia turut menyatakan cinta sejati hanyalah dengan Tuhan.

“Anda dan Allah SWT #cintasejati,” ujarnya.

Sebelum ini, spekulasi timbul apabila terdapat andaian berkaitan rumah tangga Fazura dengan Fatah, 33 yang kini hangat menjadi bahan bualan dalam media sosial.

Malah, ibu kepada Nur Fatima Aisya itu mengundang bualan ramai apabila memuat naik sedutan persembahan Adele menyanyikan lagu Love In The Dark ketika menonton persembahan bintang antarabangsa itu di Munich, Jerman bulan lalu. – MalaysiaGazette