Foto: Uganda Athletics Federation.

NAIROBI, Kenya – Atlet Olimpik Uganda, meningga dunia di Kenya selepas dibakar oleh teman lelakinya empat hari lalu, kata para pegawai atlet Uganda.

“Kami dimaklumkan pemergian atlet Olimpik kami, Rebecca Cheptegei berikutan serangan yang dilakukan teman lelakinya, kata Presiden Jawatankuasa Olimpik Uganda, Donald Rukaredi di platform X.

“Ini merupakan tindakan pengecut dan tidak berakal yang membawa kepada kehilangan atlet hebat. Legasi beliau akan terus diingati,” tambah beliau.

Menurut polis, seorang lelaki dikenali teman lelaki Cheptegei, Dickson Ndiema Marangach, didakwa menyiram beliau dengan petrol sebelum membakarnya di kediaman wanita itu di Trans-Nzoia, barat negara tersebut pada Ahad lalu.

Insiden tersebut berlaku beberapa minggu selepas Cheptegei, 33 mengambil bahagian dalam acara marathon pada Sukan Olimpik Paris yang mana beliau menduduki tempat ke-44.

Cheptegei melecur 80 peritus pada badannya dan beliau bertarung nyawa di hospital di Kenya sejak itu, kata pemangku ketua hospital itu kepada wartawan.

“Semua organnya gagal berfungsi malam semalam,” menurut kemudahan perubatan, Moi Teaching and Referral Hospital (MTRH) kepada AFP.

Media Kenya melaporkan anak perempuan Cheptegei menyaksikan serangan di rumah ibunya.

“Dia menendang saya ketika saya cuba menyelamatkan ibu saya,” katanya kepada The Standard.

“Saya segera meminta tolong, menarik perhatian jiran yang cuba memadamkan air dengan menggunakan air tetapi ia tidak berjaya,” kata gadis itu yang enggan dikenali.

Sementara itu, Marangach juga cedera dalam kejadian tersebut, dengan 30 peratus badannya melecur. – MalaysiaGazette