Syamsul Yusof dan Ira Kazar.

KUALA LUMPUR – Ira Kazar dilaporkan memfailkan pengesahan taklik yang dilafazkan oleh suaminya, Syamsul Yusof terhadapnya.

Perkara berkenaan disahkan oleh peguam pengarah terkenal itu, Azmi Mohd Raiz yang berkata lafaz tersebut ada kaitan dengan hantaran Ira di media sosial.

“Ira dikatakan langgar taklik. Ada kaitan dengan dengan posting yang dibuatnya di media sosial,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor.

Difahamkan Ira atau Faghira Fatini Kazaruddin memfailkan pengesahan taklik pada 27 Ogos lalu.

Sementara itu, Azmi memaklumkan bahawa anak guamnya bersedia melafazkan cerai terhadap Ira.

“Selepas Syamsul failkan cerai, Ira pula failkan kes lafaz taklik. Jadi kita cuma selesaikan isu lafaz taklik hari ini yang akan disiasat oleh mahkamah untuk melihat sama ada Ira langgar atau tidak,” jelasnya.

Dalam pada itu, Syamsul ketika ditemui bersama peguamnya itu meminta semua menunggu keputusan mahkamah.

“Saya baik Alhamdulilla, komen saya… Kita tunggu selepas perbicaraan,” katanya. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. sebab itu Samsul tak nak cerai bini tua dia dah rasa hanya sementara. tapi bini tua tak sabar . pentingkan diri sendiri . kalau dia sabar sekarang masalah dah selesai

Comments are closed.