Foto: FB Mohamad Sabu

KUALA LUMPUR – Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menafikan Menteri, Datuk Seri Mohamad Sabu ada mengeluarkan kenyataan “Pesawah diminta berjimat cermat menggunakan baja bagi membantu kerajaan” seperti yang ditularkan menerusi sebaran poster.

Dalam satu kenyataan, Pejabat Menteri itu mengesahkan bahawa tangkap layar yang dibuat adalah palsu.

“Laporan kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah dibuat hari ini bagi membolehkan siasatan dan tindakan yang sewajarnya dikenakan kepada pihak yang membuat hantaran palsu dan tidak benar ini,” kata kenyataan itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast