RAMALLAH- Media rasmi Palestin pada Rabu mengutuk penahanan koresponden televisyen Palestin TV Ali Dar Ali selepas tentera Israel menyerbu rumahnya di Kampung Burham, barat laut Ramallah.

Media rasmi itu mengesahkan dalam satu kenyataan akhbar mengenai penahanan dan penyalahgunaan kuasa terhadap wartawan itu tidak menjejaskan semangat stafnya dalam menjalankan tugas mereka untuk rakyat Palestin dan perjuangan mereka atau daripada mendedahkan perbuatan dan jenayah dilakukan Israel, lapor Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA).

Ini menunjukkan penahanan Ali Dar Ali adalah sebahagian daripada penyasaran meluas Israel terhadap media Palestin, terutamanya media rasmi, bagi menyembunyikan kebenaran dan  menakutkan wartawan, khususnya di tengah-tengah serangan berterusan terhadap warga Palestin di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat, termasuk Baitulmuqaddis.

Media rasmi itu menggesa  Persekutuan Wartawan Antarabangsa untuk memberikan perlindungan kepada wartawan, terutamanya berdasarkan situasi sukar dihadapi warga Palestin kerana serangan berterusan, agar mereka dapat terus menyampaikan kebenaran dan mendedahkan pendudukan dan jenayahnya kepada dunia.

— BERNAMA-WAFA