ALOR GAJAH – Seorang bayi lelaki berusia 8 bulan meninggal dunia di sebuah pusat asuhan kanak-kanak (Taska) di Taman Kelemak Utama, Alor Gajah di sini petang tadi.
Difahamkan mayat mangsa anak tunggal setakat pukul 7 malam ini masih berada di Unit Forensik Hospital Alor Gajah dan menunggu proses bedah siasat.
Tinjauan MalaysiaGazette di taska berkenaan pegawai penyiasat sedang mengawal ketat kawasan kejadian.
Pasukan forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka (IPK) dilihat tiba pada pukul 7.10 malam untuk siasatan lanjut.
Berita lanjut menyusul. – MalaysiaGazette