Pavel Durov, pengasas dan Ketua Pegawai Esekutif Telegram. Foto Telegram

PARIS – Ketua Pegawai Eksekutif Telegram, Pavel Durov pada Khamis mengecam penahanan dan pertuduhan terhadap beliau bulan lepas.

Beliau yang juga pengasas Telegram ditahan dan didakwa di mahkamah berhubung penerbitan kandungan ekstrimis dan haram di aplikasi pesanan itu.

Dalam satu hantaran panjang lebar di Telegram, Durov berkata, beliau terkejut kerana diminta bertanggung jawab terhadap kandungan dibuat orang lain.

“Menggunakan undang-undang era pra-telefon pintar iaitu mendakwa CEO dengan pertuduhan jenayah yang dilakukan pihak ketiga di platform yang diuruskan beliau, adalah satu pendekatan yang salah,” katanya.

Beliau turut menafikan dakwaan “Telegram adalah syurga para anarki.”

Tegasnya, Telegram menurunkan berjuta hantaran dan saluran yang memudaratkan setiap hari.”

Beliau turut menafikan dakwaan Perancis yang mengatakan Paris tidak menerima maklum balas daripada Telegram.

Jelasnya, beliau secara peribadi membantu pihak berkuasa Perancis “menubuhkan hotline dengan Telegram untuk mengatasi ancaman keganasan di Perancis.”- AFP