Aktiviti pertanian di Cameron Highlands. Foto ABDULLAH YUSOF, 04 SEPTEMBER 2024.

CAMERON HIGHLANDS – Kawasan peranginan tanah tinggi di Cameron Highlands didakwa mengalami perubahan kenaikan suhu ketara dalam tempoh lima ke enam tahun kebelakangan ini.

Presiden Persatuan Kesedaran Alam Sekitar Cameron Highlands (Reach), A Dilip Martin mendakwa, suhu dingin pada waktu siang di kawasan berkenaan kini hanya mencecah 24 darjah celcius berbanding suhu sejuk 20 ke 21 darjah celcius sebelumnya.

Presiden Persatuan Kesedaran Alam Sekitar Cameron Highlands (Reach), A Dilip Martin. Foto ABDULLAH YUSOF, 04 SEPTEMBER 2024

Dakwanya, situasi berkenaan didapati berpunca daripada aktiviti penerokaan tanah-tanah baharu termasuk bagi projek komersial, dan aktiviti pertanian yang menyaksikan tumbuhan berfungsi untuk menyejukkan kawasan sekitar, terpaksa dimusnahkan.

Aktiviti pertanian di Cameron Highlands. Foto ABDULLAH YUSOF, 04 SEPTEMBER 2024

“Kalau dahulu penduduk tempatan dan pengunjung dari luar terpaksa memakai pakaian tebal di Cameron Highlands kerana cuaca yang sangat dingin dan berkabus.

“Berbeza keadaan sekarang, orang ramai boleh berpakaian kemeja-T sahaja kerana udara sudah tidak lagi rasa sejuk khususnya pada waktu siang. Kini kalau betul-betul nak rasa keadaan sejuk adalah selepas hujan,” katanya.

Suhu di Cameron Highlands didakwa mengalami perubahan ketara Kawasan peranginan tanah tinggi Reach Dilip Martin pakaian tebal cuaca kawasan pokok

Beliau berkata demikian kepada pemberita sempena program penanaman semula pokok bersama 34 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Brinchang di Pusat Biodiversiti Reach di Gunung Brinchang di sini, baru-baru ini.

Program dengan kerjasama Yayasan Sime Darby itu dilaksanakan selama dua tahun bermula Mei lalu melibatkan penanaman 20,000 anak pokok di kawasan-kawasan endemik.

Suhu di Cameron Highlands didakwa mengalami perubahan ketara Kawasan peranginan tanah tinggi Reach Dilip Martin pakaian tebal cuaca kawasan pokok
Murid Sekolah Kebangsaan (SK) Brinchang menanam anak pokok sempena program penanaman semula pokok bersama 34 murid sekolah anjuran Persatuan Kesedaran Alam Sekitar Cameron Highlands (Reach) dengan kerjasama Yayasan Sime Darby di Pusat Biodiversiti Reach, Gunung Brinchang, Cameron Highlands. Foto ABDULLAH YUSOF, 04 SEPTEMBER 2024

Mengulas lanjut, Dilip Martin berkata, selain bagi tujuan pemuliharaan, aktiviti penanaman semula pokok itu juga bertujuan mendapatkan kembali suhu dingin di Cameron Highlands.

“Jika dibiarkan tiada sebarang langkah diambil, peningkatan suhu di sini boleh memberi kesan kepada pengurangan kualiti dan kuantiti pengeluaran ladang-ladang sayur.

“Daripada segi pelancongan pula, sudah tentu ia akan terjejas kerana persekitaran dingin merupakan tarikan utama pengunjung ke tanah tinggi di Cameron Highlands,” ujarnya lagi.

Suhu di Cameron Highlands didakwa mengalami perubahan ketara Kawasan peranginan tanah tinggi Reach Dilip Martin pakaian tebal cuaca kawasan pokok
Murid Sekolah Kebangsaan (SK) Brinchang menanam anak pokok sempena program penanaman semula pokok bersama 34 murid sekolah anjuran Persatuan Kesedaran Alam Sekitar Cameron Highlands (Reach) dengan kerjasama Yayasan Sime Darby di Pusat Biodiversiti Reach, Gunung Brinchang, Cameron Highlands. Foto ABDULLAH YUSOF, 04 SEPTEMBER 2024

Suhu di Cameron Highlands didakwa mengalami perubahan ketara Kawasan peranginan tanah tinggi Reach Dilip Martin pakaian tebal cuaca kawasan pokok
Murid Sekolah Kebangsaan (SK) Brinchang menanam anak pokok sempena program penanaman semula pokok bersama 34 murid sekolah anjuran Persatuan Kesedaran Alam Sekitar Cameron Highlands (Reach) dengan kerjasama Yayasan Sime Darby di Pusat Biodiversiti Reach, Gunung Brinchang, Cameron Highlands. Foto ABDULLAH YUSOF, 04 SEPTEMBER 2024

Menurut Dilip Martin, aktiviti tanaman semula pokok yang digerakkan Reach sejak 14 tahun lalu telah berjaya memulihara 40 peratus melibatkan kira-kira 10 hektar kawasan hutan yang telah digondol.

Kata beliau, bagi kawasan Gunung Brinchang pula, dua hektar daripada keseluruhan 4.5 hektar yang diteroka pihak tidak bertanggungjawab telah ditanam semula dengan pokok-pokok spesies tempatan antaranya geruk, kelat, medang serai dan eugenia.

“Susulan daripada aktiviti pemuliharaan ini, kita berjaya menarik kembali kehadiran spesies haiwan yang jarang ditemui ke kawasan ini seperti asian golden cat, yellow-throated marten dan leopard cat,” katanya lagi. – MalaysiaGazette