Dr Mohd Aleef Yusof

KUALA LUMPUR – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang, Dr. Mohd. Aleef Yusof tidak akan memadam klip video di akaun TikTok miliknya susulan dakwaan bangunan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah di Banda Hilir, Melaka telah dijual.

Beliau berkata, sebaliknya video itu hanya meminta penjelasan daripada Kerajaan Negeri Melaka mengenai dakwaan tanah bangunan Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu dijual kepada pihak ketiga.

“Saya tidak mengatakan tanah di IPD Melaka Tengah telah dijual tetapi video saya di TikTok meminta Ketua Menteri jelaskan apakah benar tanah IPD terbabit telah dijual.

“Dalam video tersebut, saya juga minta Ketua Menteri menjelaskan apakah benar anggota polis diarah berpindah ke bangunan yang tidak selamat dan tiada CF untuk diduduki?

“Saya tidak perlu menarik balik kandungan video tersebut di TikTok dan saya tak perlu meminta maaf kepada sesiapa,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Semalam, media melaporkan ADUN Sungai Udang itu diberi masa tujuh hari untuk memadam klip video di akaun TikTok miliknya berkenaan dakwaan bahawa, bangunan IPD Melaka Tengah di Banda Hilir, Melaka telah dijual.

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital Melaka, Datuk Fairul Nizam Roslan dilaporkan berkata, Dr Mohd Aleef juga diminta membuat permohonan maaf kepada kerajaan negeri dan Ketua Menteri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh yang dikaitkan dengan penjualan berkenaan.

Selain itu, Dr Mohd Aleef tidak gentar dengan amaran itu bahkan sedia berdepan dengan ADUN Asahan itu di mahkamah.

“Jika ADUN Asahan ingin mendakwa saya di mhkamah kerana salah interprete apa yang saya perkatakan, teruskan. Kita jumpa di mahkamah,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Wahhh dah sebar fitnah nak tunjuk hero plak yer…org mcm ni kalau tak buat fitnah, tak boleh nak survive..siang malam duk sebar fitnah

Comments are closed.