Gambar hiasan Bank Negara Malaysia di Kuala Lumpur. foto AIZAT ZAINAL, 06 OGOS 2024.

KUALA LUMPUR – Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah AS$116.8 bilion pada 30 Ogos 2024 berbanding AS$115.9 bilion pada 15 Ogos 2024.

Paras rizab ini memadai untuk membiayai 5.4 bulan import barangan dan perkhidmatan, 1 dan 1.0 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek, menurut bank pusat itu. – MalaysiaGazette