Kedutaan Malaysia di Hanoi menasihatkan rakyat Malaysia bersedia menghadapi Taufan Yagi yang dijangka melanda utara Vietnam hari ini.
Dalam hantaran di laman Facebook rasminya, ia memberi amaran potensi hujan lebat dan angin kencang dengan risiko banjir, banjir kilat dan tanah runtuh.
Bermula petang semalam hingga pagi Isnin ini, wilayah utara dan utara-tengah dijangka mengalami hujan lebat.