Home Nasional Polis siasat pelaku aksi berbahaya guna papan luncur di jalan raya

Polis siasat pelaku aksi berbahaya guna papan luncur di jalan raya

KUALA LUMPUR – Aksi berbahaya individu menggunakan papan luncur di jalan raya di Pulau Pinang akan disiasat polis.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supritendan Kamarul Rizal Jenal berkata, pihaknya mengesan video itu di media sosial yang dimuat naik pemilik akaun Facebook @arief Why Pocong Pocong.

Menurutnya, kes disiasat di Bawah Seksyen 3 (1) kaedah Kawalan Lalu Lintas (Larangan Penggunaan Kenderaan Mikromobiliti) 2021.

“Pihak IPD Barat Daya memandang serius isu ini kerana tindakan individu itu membahayakan dirinya sendiri dan pengguna jalan raya yang lain,” ujarnya dalam kenyataan.

Sesiapa yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Bilik Gerakan Polis Barat Daya di talian 04- 866 4122 atau Pegawai Penyiasat, Inspektor Noor Amera Mohd Nawi di talian 013-331 2026. – MalaysiaGazette