Ahmad Zahid (tengah) secara simbolik merasmikan Karnival RISDA Madani (KARRISMA) di Dataran Uptown Kluang di sini hari ini

KLUANG –  Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) mendapati terdapat 420,000 hektar kebun yang dipunyai pekebun kecil seluruh negara yang telah matang dan tidak lagi mengeluarkan hasil.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, RISDA perlu memanfaatkan pokok getah lama atau matang itu sebagai pulangan yang lumayan dan tidak disia-siakan begitu sahaja.

Menurutnya, RISDA perlu memanfaatkan pokok getah lama atau matang itu sebagai pulangan yang lumayan dan tidak disia-siakan begitu sahaja.

“Oleh yang demikian pokok-pokok berkenaan ditebang sekali gus bakal digantikan dengan pokok yang baharu dan digalakkan kepada pekebun berkeaan menjadikannya sebagai ‘timber’ yang boleh menjana pendapatan kepada mereka.

Timber atau bahan kayu ini boleh dijadikan sebagai bahan untuk dibuat perabot, yang boleh dijual sebelum proses treatment (tanam semula) dilakukan.

“Dengan keluasan 420 hektar, tanah berkenaan akan memberikan hasil lumayan dalam tempoh 10 tahun dengan kira-kira pendapatan RM2 bilion atau RM200 juta setahun,” katanya yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah ketika berucap dalam  Karnival RISDA Madani (KARRISMA) di Dataran Uptown Kluang di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata, KKDW juga mengharapkan industri getah di negara ini perlu menggunakan mekanisma tertentu untuk melonjakkan prestasi eksport dan bukannya dengan cara konvensional.

Ini kerana kedudukan eksport getah negara telah jatuh ke tempat kelapan tahun ini berbanding sebelumnya ditempat pertama atau juara

“Selain itu, sebelum ini lateks juga adalah keluaran negara yang menguasai pasaran dunia tetapi kini (2024) kita terpaksa mengimportnya.

“Dua senario berkenaan yang saya nyatakan ini merupakan cabaran besar untuk negara dan saya yakin RISDA telah mengusulkan beberapa ‘game changer’,” katanya.

RISDA juga katanya, bukan hanya perlu guna kaedah lama dalam soal hiliran, haluan tetapi mesti menggunakan kaedah terbaharu dan canggih dalam meningkatkan industri getah dengan merubah termasuklah kolaborasi untuk keluarkan bahan berasaskan getah.- MalaysiaGazette