Kereta Honda City remuk selepas terjunam dari tingkat satu Terminal 1, Seremban.

KUALA LUMPUR – Sebuah kereta Honda City dengan seorang lelaki di dalamnya terjunam ke bawah bangunan Terminal 1, dekat Seremban, tengah hari tadi.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, Honda City berkenaan dikatakan di parkir di tingkat satu bangunan tersebut.

Keadaan di lokasi nahas di bangunan Terminal 1, Seremban.

Pemandu kereta Honda itu dipercayai merempuh penghadang besi menyebabkan ia terjunam ke bawah.

Pemandu berkenaan telah dikejarkan ke Hospital Seremban oleh orang awam.

Ketika kejadian, sebuah kereta Proton Saga hitam diparkir di bawah nyaris dihempap kereta berkenaan.

Namun, ketika kejadian kereta Proton Saga tersebut dikatakan kosong. – MalaysiaGazette