Halyjah Muhammad

MELAKA – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Melaka sudah mengenakan tindakan terhadap 27 taman asuhan kanak-kanak (Taska) tidak berdaftar setakat Ogos lalu.

Pengarahnya Halyjah Muhammad berkata, ia meliputi sembilan premis dikenakan tindakan lak (tutup), dikompaun (8), dalam tindakan kompaun (9) dan sebuah Taska telah didakwa di mahkamah.

“Satu pasukan petugas khas bagi pemutihan Taska tidak berdaftar telah dibentuk oleh JKM termasuk mengadakan perbincangan dengan Persatuan Taska bagi memastikan mereka segera mendaftar.

“Ibu bapa dinasihati untuk menghantar anak-anak ke Taska yang berdaftar bagi mengelakkan berlaku perkara tidak diingini walaupun masih ada pengusaha Taska berdegil kerana ada permintaan tinggi dalam kalangan ibu bapa,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata setakat ini 137 Taska berdaftar Melaka Tengah sebanyak 101 buah Alor Gajah (17) dan 19 Taska keseluruhanya melibatkan lebih 20,000 kanak-kanak.

“Bagi mana-mana Taska yang berdaftar dengan JKM, ianya akan dipantau secara berkala, penyelia dan pengasuh wajib mempunyai sijil kelulusan Kursus Asuhan Permata (KAP).

“Selain itu jadual harian, menu akan dipantau dan semua Taska berdaftar direkodkan dalam portal JKM yang boleh disemak melalui laman web JKM. www.jkm.my,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast