KLUANG – Bapa kepada calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, Syed Hussien Syed Abdullah meninggal dunia hari ini.

Syed Hussien , 67, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) di sini petang tadi.

Sebelum itu, Syed Abdullah ditidurkan di semasa dirawat di HEBHK pada Khamis lalu.

Difahamkan Syed Abdullah yang  merupakan bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Kluang turut berada sewaktu pengumuman Syed Hussien sebagai calon BN bagi PRK DUN Mahkota di Taman Sri Kluang, Sabtu lalu.

Majlis berkenaan urut dihadiri Pengerusi BN yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan kepimpinan sayap BN dan Pakatan Harapan (PH).- MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here