Pelakon Fattah Amin dan Nur Fazura.

KUALA LUMPUR – Pelakon popular,  Fazura terus mencetuskan persoalan melibatkan rumah tangganya bersama suaminya, Fattah Amin yang sedang diperkatakan netizen.

Kali ini menerusi hantaran di Instagram Story miliknya, Fazura atau nama penuhnya Nur Fazura Sharifuddin, 40, berkongsi  petikan ayat 173 Surah al-Imran.

“Cukuplah bagi kami Allah sebaik-baiknya pelindung dan sebaik-baiknya penolong kami,” tulis Fazura dalam hantaran itu.

Selain itu, ibu kepada seorang anak itu juga memetik hadis Rasulullah SAW yang berkaitan dengan hati.

“Apabila ada perkara yang mengganggu ketenteraman hatimu, menyerahlah,” katanya.

Sebelum ini, Fazura mencuri perhatian netizen apabila memuat naik petikan kata-kata berkaitan kesabaran di media sosial miliknya.

Dia berkongsi petikan yang kesabaran adalah jawapan untuk segala perkara yang mencetuskan pelbagai persoalan.

Isteri kepada pelakon Fattah Amin itu juga memuat naik hantaran lain mengatakan hanya diri sendiri sahaja yang mampu menempuh setiap dugaan mendatang.

Sebelum ini, spekulasi timbul apabila terdapat andaian berkaitan rumah tangga Fazura dengan Fatah, 33, yang kini hangat menjadi bahan bualan selain tiada lagi gambar mereka bersama sejak kebelakangan ini.

Sehingga kini, Fattah terus mendiamkan diri mengenai teka-teki pergolakan didakwa berlaku dalam rumah tangga mereka. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here