Kehadiran Kapal Tentera Laut Asing #MGFlash

Kementerian Luar mengambil maklum laporan mengenai kehadiran kapal tentera laut asing berhampiran sebuah pelantar minyak luar pesisir negara, semalam.

Menurut Wisma Putra, pihaknya tidak dapat mengulas kesahihan dan butiran terperinci pergerakan kapal tentera laut asing itu kerana ia berada di bawah pihak berkuasa pertahanan dan operasi keselamatan.