(Dari kiri) Pengarah dan Penasihat Safuan Korea, Kwak Ki-Beom; Pengerusi dan Ketua Pgawai Eksekutif Safuan Korea, Park Sung-Lul; Presiden Safuan Korea, Tan Sri Ahmad Zaki Ansore; Ketua Pegawai Eksekutif Tengku Tengku Holdings, Tengku Harriz Nazlie Tengku Ariff dan Ketua Pegawai Operasi Tengku Tengku Holdings Tengku Ismith Tengku Ilham.

KUALA LUMPUR – Syarikat kosmetik Korea Selatan, AN Co. Ltd.
yakin logo dan pengesahan halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mampu menembusi pasaran ASEAN, Timur Tengah dan Afirka.

Syarikat tersebut yang diwakili Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif, Park Sung-Lul menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) dengan Safuan Korea Co. Ltd. dan Tengku Tengku Holdings Sdn. Bhd. bagi menubuhkan Konsortium Kosmetik Pematuhan Halal (HCCC) untuk tujuan tersebut.

Safuan Korea yang berdaftar di Korea Selatan diwakili Pengarah Urusan Mohd. Park Safuan manakala Tengku Tengku Holdings diwakili Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Tengku HarrizNazlie Tengku Ariff.

Menurut Tengku HarrizNazlie, produk komestik akan dibuat dan dihasilkan di Korea Selatan selepas mendapat pengesahan Jakim manakala Malaysia akan menjadi pusat pemasaran dan pengedaran ke pasaran antarabangsa.

“Kita akan dapatkan sijil halal daripada JAKIM. Apabila mereka (syarikat Korea Selatan) membuat kajian mengenai industri kosmetik, mereka mendapati bahawa orang Islam dan orang Arab di Timur Tengah lebih gemar produk halal.

“Malaysia dipilih kerana kita terkenal sebagai hab halal tetapi pada hari ini kurang pemain industri dalam kalangan muslim memasuki pasaran kosmetik halal,” katanya yang ditemui selepas majlis menandatangani MoU di Menara Safuan hari ini.

Menurut Tengku HarrizNazlie, pihaknya menyasarkan untuk memasarkan produk yang akan dikenali sebagai M-Slim awal tahun depan.

Tambah beliau, pasaran kosmetik halal dunia direkodkan bernilai AS$1.4 bilion pada 2023 dan pihaknya berharap dapat merebut pasaran berkenaan.

Katanya, dengan menggabungkan kepakaran rakan kongsi berhasrat untuk memenuhi permintaan pasaran halal dengan produk berkualiti tinggi yang dihasilkan secara beretika, menandakan kemajuan ketara dalam industri kosmetik halal

Pada majlis sama berlangsung majlis menandatangani MoU antara Safuan Korea dan Eco World Technology Berhad (EWTB) untuk memulakan pembelian penuh aset perbankan digital EWTB.

Safuan Korea diwakili Pengerusinya Kwak Hi Bom dan Presiden, Tan Sri Ahmad Zaki Ansore manakala EWTB diwakili Presidennya, AC Rick.

Perjanjian menandakan permulaan usaha strategik Safuan Korea untuk mengembangkan perkhidmatan perbankan digital ke pasaran baharu dengan memanfaatkan lesen EWTB yang termasuk kebenaran blockchain dan pertukaran aset digital.

Langkah tersebut menandakan Safuan Korea bersedia untuk meningkatkan jejak global dalam arena perbankan digital.-MalaysiaGazatte

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast