KUALA LUMPUR- Kerajaan memutuskan untuk mengurangkan harga runcit petrol RON97 subanyak 15 sen kepada RM3.25 seliter bagi tempoh 12 September 2024 hingga 18 September 2024

Manakala harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia sebanyak 15 sen seliter kepada RM3.01 seliter bagi tempoh sama.

Penurunan itu seiring dengan penurunan harga pasaran minyak mentah dunia dan pengukuhan ringgit, kata Kementerian Kewangan.

Katanya, sejak 8 Ogos 2024 sehingga kini, kerajaan telah menurunkan sebanyak 34 sen seliter bagi harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia, manakala harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 22 sen.

Kerajaan akan terus memantau perkembanganpasaran dan menyelaras harga runcit produk petroleum dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak global dan juga menyokong kestabilan harga bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

Harga RON95 kekal RM2.05 seliter dan harga diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan sama pada paras RM2.15 seliter. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here