Tan Sri Razarudin Husain

KUANTAN – Mangsa penganiayaan, amang seksual dan juga perbuatan cabul dikaitkan dengan Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) dipercayai diajar untuk meliwat sebelum mereka diliwat.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, modus operandi itu dikenal pasti berdasarkan risikan dan kenyataan pihak berkaitan dalam Op Global yang dianggotai melibatkan 705 pegawai dangan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Tan Sri Razarudin Husain ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang hari ini.

”Modus operasi GISBH ini daripada risikan, statement (kenyataan) yang kita dapat, mangsa ini diajar meliwat dan seterusnya diliwat penjaga dan meliwat kanak-kanak yang lain.

”Keduanya, mangsa yang sakit yang tidak sihat tidak dibenarkan mendapat rawatan. Mangsa kanak-kanak dan sentimen agama digunakan untuk menagih simpati mendapat sumbangan daripada luar.

”Mereka menggunakan objek yang panas bagi kanak-kanak yang degil, dicederakan dengan sesuatu yang panas,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Nor Hisam Nordin.

Jelas Razarudin, kegiatan mendoktrin anak-anak itu adalah perkara yang tidak baik dan ditegah oleh agama Islam.

Dalam operasi berkenaan, polis telah menyelamatkan 402 kanak-kanak dan remaja berusia antara setahun hingga 17 tahun yang disyaki menjadi mangsa eksploitasi di 18 rumah amal di Selangor dan Negeri Sembilan.

Jelasnya, mangsa terdiri daripada 201 kanak-kanak dan remaja lelaki dan 201 perempuan.

Hasil serbuan itu mendedahkan berlaku kesalahan pengabaian serta penganiayaan terhadap kanak-kanak dan remaja yang juga penghuni di rumah amal itu.

Susulan itu, seramai 171 individu ditahan termasuk 105 wanita berusia 17 hingga 64 tahun bagi membantu siasatan lanjut dan polis telah membuka sebanyak lapan lapan kertas siasatan dan empat daripadanya di Negeri Sembilan dan empat lagi di Selangor.

”Empat kertas siasatan yang dibuka di Negeri Sembilan telah dirujuk ke pejabat Peguam Negara dan arahan lanjut untuk melengkapkan tiga kertas siasatan.

”Manakala satu satu kertas siasatan telah telah mendapat arahan pertuduhan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” tambahnya.

Siasatan yang dijalankan di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan Seksyen 12 serta Antipemerdagangan Orang Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM).

Mengulas lanjut, Razarudin berkata, enam suspek yang telah ditahan terlibat dengan kes yang disiasat di Negeri Sembilan yang terdiri daripada lima lelaki dan seorang wanita.

Kesemua suspek dibenarkan reman sehingga 12, 13 dan 15 September itu terdiri daripada ustaz, penjaga asrama dan pengerusi pusat pengajian berumur dalam lingkungan 20 hingga 40-an. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast