Seorang jururawat berusia 22 tahun direman selama tujuh hari, mulai hari ini hingga Selasa depan, berikutan kes seorang bayi lelaki meninggal dunia selepas diberi susu di pusat jagaan berpantang, Kota Bharu, Kelantan, semalam.

Perintah itu dikeluarkan oleh Majistret Rais Imran Hamid bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.