PH janji
Mohd Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli perlu menjelaskan sama ada rakyat ketika ini ‘membayar’ subdisi kepada kerajaan.

Soalan itu dilontarkan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi berikutan pendedahan pempengaruh media sosial, Lim Sian See (LSS) yang mendakwa harga diesel dunia terus merudum sejak akhir bulan Julai.

Pempengaruh yang tidak menggunakan nama sebenar itu mendakwa, mengikut formula Automatic Pricing Mechanism (APM) yang digunakan sekarang harga pasaran diesel di Malaysia ialah RM2.55 seliter.

Nilai tersebut 61 sen lebih rendah berbanding harga runcit RM3.16 ditetapkan kerajaan minggu lepas.

Mohd. Puad berkata, hujah Lim Sian See mengenai harga diesel dunia yang merudum amat tepat dan patut jadi perhatian.

“LSS sudah tanya Rafizi masa mereka berdebat dalam podcast ‘Bakar Menteri’. Kenapa rakyat pula bayar subsidi diesel pada kerajaan? Rafizi tidak nafi. Debat itu belum disiarkan.

“Jawapan Rafizi ialah kerajaan kena kutip duit sebab kena bayar subsidi diesel bagi penerima skim Budi Madani. Aahhhh? Banyak cantik formula Rafizi,” kata Mohd. Puad.

Lim Sian See dalam satu perkongsian hari ini mendakwa berikutan kejatuhan harga diesel bermakna ‘cukai’ efektif tersembunyi diesel ialah pada kadar 24 peratus.

Menurutnya, jika seorang pengguna mengisi penuh 60 liter pada harga runcit, rakyat beri subsidi RM36.60 kepada kerajaan.

“Saya telah minta Rafizi kira harga pasaran diesel sebenar dalam podcast dan tanya kenapa rakyat kena bayar subisidi diesel kepada kerajaan.

“Dia tak nafi harga diesel sebenar adalah jauh di bawah harga runcit dan kerajaan kini sedang kutip duit daripada penjualan diesel.

“Tapi dia kata, kerajaan kena kutip duit sebab kena bayar subsidi diesel bagi penerima skim Budi Madani dan juga untuk sektor-sektor seperti pengangkutan awam dan sektor nelayan yang masih menerima subsidi diesel,” kata Lim Sian See.

Beliau mendakwa, dulu Rafizi pernah menyebut memberi subsidi minyak kepada rakyat adalah hak rakyat kerana Malaysia adalah pengeluar minyak dan kurniaan tuhan kepada rakyat perlu dipulangkan kepada rakyat.

“Tapi kini rakyat kena beri subsidi kepada kerajaan supaya kerajaan boleh beri subsidi minyak kepada rakyat yang dulu dikatakan hak rakyat,” kata Lim Sian See.- MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here