Alberto Fujimori. Gambar AFP

LIMA – Bekas Presiden Peru, Alberto Fujimori, yang pernah disabitkan dengan penyalahgunaan hak asasi manusia dan rasuah meninggal dunia pada usia 86 tahun.

Fujimori yang digelar pemerintah kuku besi, mentadbir Peru antara 1990 dan 2000 sebelum dipaksa melepaskan jawatannya di tengah-tengah dakwaan rasuah.

Semasa menjadi presiden, Fujimori berpendirian tegas menentang pemberontakan gerila berhaluan kiri hingga membawa kepada dakwaan pencabulan hak asasi manusia.

Tindakan keras kerajaan autoritariannya terhadap dua pemberontakan mengakibatkan kematian kira-kira 69,000 orang.

Beliau kemudian melarikan diri dari negara itu tetapi kemudiannya ditangkap dan diekstradisi, sebelum disabitkan kesalahan dan dipenjarakan.

Anak perempuannya Keiko Fujimori memaklumkan bapanya meninggal dunia “selepas lama bertarung dengan kanser”.

Dia disabitkan kesalahan dalam beberapa kes termasuk rasuah, salah guna kuasa dan berada di belakang dua pembunuhan beramai-ramai pada awal 1990-an.

Disember lalu Fujimori, telah dibebaskan dari penjara Barbadillo di Lima setelah menghabiskan lebih daripada 15 tahun di situ selepas Mahkamah Perlembagaan Peru mengembalikan pengampunan Presiden Pedro Pablo Kuczynski yang dikeluarkan enam tahun sebelum ini.

Fujimori telah menjalani hukuman penjara 25 tahun pada masa pengampunannya. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast