Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin

KUANTAN – Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin menemplak tindakan individu tertentu yang menyentuh berkaitan isu pensijilan halal sehingga menimbulkan kontroversi baru-baru ini.

Tindakan individu itu, menurut beliau bagaikan suara sumbang dalam masyarakat dan terlampau menyentuh sensitiviti khususnya buat umat Islam di negara ini.

“Undang-undang negara kita tidak pernah menghalang orang bukan Islam nak makan khinzir. Dia boleh makan, cuma ada kot peraturan-peraturan seperti jangan (makan) terbuka.

“Minum arak, dibenarkan… jadi pasal apa nak campur pulak hal orang Islam ni yang buat kawalan.

“Tiba-tiba ada pula cadangan untuk tak nak buat sijil Halal. Jadi saya rasa terlampau menyentuh sensitiviti kepada umat Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan Persidangan As-Sabiqun 4.0 Sempena Muktamar PAS ke-70, di Dewan D’Persada Baraqoh, di sini hari ini.

Jelas Hashim, Pas sendiri tidak pernah mengkritik atau mempersoal tindakan orang bukan Islam yang tidak menutup aurat.

“Tapi jangan lah sampai terlebih, melampau sangat. Kalau lah kita baik sampai tahap tu, jangan lah balas pada orang Islam ni, sentuh benda-benda yang kita tak suka. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here