Hazeeman Mirza gembira menerima jambangan sayur daripada ibunya semasa Konvokesyen UiTM baru-baru ini.

SHAH ALAM – Ketika kebanyakan graduan lain menerima kuntuman bunga semasa semasa Konvokesyen UiTM ke-99, Hazeeman Mirza pula diberi diberi jambangan sayur oleh ibunya.

“Ibu saya ini unik sikit, diberinya jambangan sayur. Mungkin selepas ini dia nak minta saya masak guna jambangan sayur yang dia beri,” kata Hazeeman, 22, yang mesra disapa Haz sambil ketawa.

Meskipun begitu, Haz berkata, jambangan sayur tersebut amat berharga baginya kerana majlis konvokesyen ini momen indah baginya.

Namun anak bongsu daripada empat adik-beradik  percaya, hadiah daripada ibunya itu ada kaitan dengan jurusan Diploma Seni Kulinari yang diambilnya sewaktu diploma.

“Selepas ni entah apa pula,” katanya yang kini meneruskan pengajian dalam Sarjana Muda Komunikasi Massa (Pengiklanan) kerana tidak mahu fokus bidang sahaja.

“Impian saya untuk mengenggam ilmu bagi mengapai cita-cita menjadi seorang ahli perniagaan produk makanan.

“Dari kecil saya bercita-cita menjadi jadi businessman, sebab tu saya ikuti bidang kulinari dan melanjutkan dalam bidang pengiklanan untuk saya pelajari selok-belok mempromosi produk saya sendiri satu hari nanti,” ujarnya yang kini sedang mengasah bakat di sebuah hotel di Putrajaya sementara cuti semester. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here