Kim Jong-Un. Foto AFP

SEOUL – Korea Utara melepaskan beberapa peluru berpandu balistik jarak dekat ke perairan timur Semenanjung Korea pada hari Khamis,, beberapa hari selepas Pyongyang menyambut ulang tahun negaranya.

Tentera Seoul berkata, pihaknya telah mengesan beberapa “peluru berpandu balistik jarak dekat yang dilancarkan ke Laut Timur sekitar 7.10 pagi dari Pyongyang hari ini.

Menurutnya, ia sedang menganalisis butiran pelancaran dan “berkongsi rapat maklumat mengenai peluru berpandu balistik Korea Utara dengan pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) dan Jepun, sambil mengukuhkan pengawasan sebagai persediaan untuk pelancaran selanjutnya”.

Kementerian Pertahanan Jepun juga mengesahkan pelancaran sekurang-kurangnya satu peluru berpandu balistik Korea Utara, dengan kapal pengawal pantai memberi amaran supaya berhati-hati.

Ia adalah ujian senjata pertama Pyongyang sejak 1 Julai 2024.

Korea Utara secara kerap melancarkan peluru berpandu sekitar 9 September, hari penubuhannya, termasuk menjalankan ujian nuklear kelimanya pada hari yang sama pada tahun 2016.

Ujian nuklear keenam negara itu dijalankan pada 3 September 2017.

Pada ucapan untuk menandakan ulang tahun ke-76 penubuhannya minggu ini, pemimpin Kim Jong Un berkata, negaranya terus meningkatkan senjata nuklearnya.

Korea Utara “akan terus mengukuhkan kuasa nuklearnya yang mampu menangani sepenuhnya sebarang tindakan mengancam yang dikenakan oleh negara saingannya yang bersenjata nuklear”, kata Kim Jong-Un. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast