Bekas pembantu penyelidik Datuk Seri Anwar Ibrahim, Muhammed Yusoff Rawther berdepan hukuman penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang 12 kali selepas didakwa mengedar dadah jenis kanabis seberat 305 gram.
Beliau yang dituduh di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini didakwa melakukan kesalahan itu pada pukul pukul 10.15 pagi Jumaat lalu di hadapan surau Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.