Para Perwakilan yang memijak bendera Israel di pintu utama Kompleks Tarbiyah aislamiyah Al-makmur di Kerdau, Temerloh pada malam tadi sebagai simbolik parti tersebut memboikot atas serangan peperangan rejim Zionis dilakukan ke atas bumi Gaza. Foto AIZAT ZAINAL, 11 SEPTEMBER 2024.

TEMERLOH –  Gelangang Muktamar Dewan Pemuda Pas secara rasminya dibuka pada malam tadi.

Sebagai simbolik tahun ini, bendera Israel ditampal di lantai hadapan pintu masuk ke Dewan Kompleks Tarbiyah Al-Makmur, Kerdau di sini.

Langkah masuk Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man memijak bendera Israel di pintu utama dewan itu sebagai simbolik memboikot serangan rejim Zzionis terhadap penduduk Palestin di bumi Gaza.

Sebelum itu beliau diiringi perbarisan kehormat oleh Jabatan Amal Malaysia di perkarangan kompleks berkenaan.

”Dalam perjuangan kita tidak boleh lupa sahabat kita di Palestin, yang dizalimi, dibakar hidup-hidup. Strategi mereka kini berrubah kepada membunuh pemimpin, satu demi satu pemimpin Hamas dibunuh.

“Mereka sasar kepimpinan utama kononnya dengan ini akan hilang kepimpinan saf yang ada,” katanya ketika berucap.

Menurut Tuan Ibrahim, pelbagai usaha dilakukan sebagai tanda sokongan kepada mangsa kekejaman Israel itu dengan menunjukkan tanda soladiriti dengan mengadakan himpunan, demonstrasi selain tidak putus mendoakan kesejahteraan penduduk Palestin.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man hadir pada Perasmian Pra Muktamar Dewan Pemuda PAS di Temerloh, Pahang. Foto AIZAT ZAINAL, 11 SEPTEMBER 2024

”Kita tahu sumbangan kita besar kepada perjuangan sahabat kita di Palestin yang mampu buat kita, tidak putus-putus mendoakan mereka, adakan himpunan, demonstrasi dan terus ada hubungan baik dengan sahabat di Palestin.

”Insya-Allah doakan mereka beroleh kemenangan besar, janji Allah Taala kerana tidak akan berlaku kiamat sehingga Yahudi akan dikalahkan,” katanya ketika berucap di sini malam tadi.

Pada majlis itu, Tuan Ibrahim turut menganugerahkan tokoh Ketua Pemuda Terbaik kepada Rayyan Wong Yeng Heng, 22, yang merupakan anak kelahiran Johor.

BACA: Pemilihan Pahang tuan rumah muktamar selepas PN dapat lonjakan kepercayaan PRU15

Pas tidak boleh harapkan undi Melayu sahaja – Tuan Ibrahim

Muktamar Tahunan Pas kali ke-70 berlangsung di Temerloh dan Jerantut pada 11 hingga 15 September ini dan  kali kedua Pahang menjadi tuan rumah.

Dianggarkan seramai 5,000 pewakilan dari seluruh negara dijangka menghadiri persidangan itu.

Pelancaran Muktamar Dewan Pemuda Pas dimulakan pada malam tadi dan bersambung hari ini dengan perbahasan ucaptama Ketua Dewan Pemuda Pas serta pembentangan dan perbahasan usul. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN :

Pas beri kuasa autonomi kepada kepimpinan Sabah, Sarawak

 

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here