TEMERLOH – Pemuda Pas telah menubuhkan Majlis Penasihat Perpaduan Anak Muda Malaysia bagi menarik minat golongan muda bukan Islam
Ketua Pemudanya, Afnan Hamimi Taib Azamuddeen berkata setakat ini pihaknya telah mengupulkan 30 anak muda bukan Islam menyertai majlis tersebut.
Tambah beliau, 30 ahli menggotai majlis berkenaan terdiri daripada mereka daripada pelbagai bidang seperti peguam dan doktor.
”Jawatankuasa ini akan duduk bersidang, duduk bermesyuarat dan bertemu mata membincangkan isu semasa.
”Kita akan duduk beritahu penjelasan kita dan dia akan beritahu pandangan dia, kita akan berdialog sampai kedua-dua pihak berpuas hati,” katanya pada sidang media di Kompleks Tarbiah Al-Makmur di Kerdau, di sini, hari ini.
Jelas Afnan, beberapa siri diskusi telah diadakan seperti ’Forum terus terang tentang Pas’ yang dilihat memberikan reaksi serta impak positif antara kedua-dua pihak.
Amfana berkata, meskipun golongan berkenaan bukan penyokong Pas namun mereka memberi sokongan dengan memberi pandangan membina selain menyuntik semangat memperjuangkan parti.
Katanya, hasil kupasan tersebut akan dibincangkan dan disebarkan kepada pihak bekentingan bagi menilai isu yang dibangkitkan oleh kumpulan itu.
Bagi menggalakan penyertaan Pas daripada golongan bukan Islam, tambah beliau, pihaknya mencadangkan agar ahlinya mempelajari bahasa lain, seperti bahasa Mandarin, untuk meningkatkan kemahiran berkomunikasi.
Sementara itu, Afnan Hamimi berkata, pindaan perlembagaan parti berkaitan keahlian akan diumumkan dalam masa terdekat oleh Setiausaha Agung Pas. – MalaysiaGazette