Pemuda UMNO Desak Haramkan GISBH #MGFlash

Kerajaan didesak mengharamkan GISB Holdings Sdn. Bhd (GISBH) dan mengenakan hukuman berat kepada si pelaku, sekiranya benar kanak-kanak kendalian syarikat itu diajar cara meliwat dan diliwat.

Menerusi kenyataan di halaman Facebook, Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh meinta agar pihak berkuasa untuk merempuh dan menyiasat setiap cawangan GISBH di seluruh negara.