Anwar berjalan kaki sambil diiringi dua individu sebagai langkah menjaga kesihatan bersempena bulan Malaysia Sihat. Gambar: Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat bersama-sama meningkatkan kesedaran Kesihatan bersempena bulan Malaysia Sihat.

Perdana Menteri berkata, rakyat mesti cakna mengenai kesihatan, terutama keburukan pengambilan gula secara berlebihan, termasuk makanan yang diproses dan yang mempunyai kandungan gula tambahan berlebihan.

“Saya gesa rakyat Malaysia untuk berusaha imbangi waktu kerja dan masa untuk aktiviti riadah dan senaman agar hidup kita lebih sihat dan sejahtera,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Anwar turut berkongsi gambar bersenam di sekitar kawasan rumahnya di sebalik kesibukan beliau bertugas memimpin negara. – MalaysiaGazette

 

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here